Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis Perancis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan pisau di bawah Arc de Triomphe selepas suspek didakwa mengancam pegawai yang sedang bertugas, dengan kes itu kini disiasat oleh pejabat pendakwa raya anti-keganasan.
Transcript
00:00Polis Perancis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan pisau di bawah Arc de Triomphe, Paris pada Jumaat.
00:07Pejabat Pendakwa Raya Anti-Keganasan Perancis yang mengambil alih kes memaklumkan
00:12suspek seorang warga negara Perancis lahir 1978 meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibawa ke hospital.
00:22Suspek didakwa mengancam pegawai yang sedang menjalankan tugas istiadat di mercu tanda terkenal itu.
00:27Menurut pihak berkuasa, lelaki itu sebelum ini pernah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun di Belgium
00:34atas kes cubaan membunuh dan keganasan selepas menyerang tiga pegawai polis pada 2012.
00:40Polis berkata suspek ditembak beberapa kali ketika dia mengancam pegawai semasa upacara menyalakan semula api
00:47di Mahkamah Askar tidak dikenali.
00:50Seorang pegawai kawalan kehormat dilaporkan mengalami kecederaan ringan
00:53akibat tikaman sebelum seorang lagi pegawai melepaskan tembakan ke arah penyerang.
00:58Sementara itu Presiden Perancis Emmanuel Macron menerusi satu hantaran DX
01:03memuji tindakan pihak berkuasa yang menggagalkan serangan disifatkan ganas berkenaan.
01:08Macron turut menzahirkan rasa simpati terhadap pegawai yang cedera.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended