Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Analisis statistik kemalangan jalan raya menunjukkan faktor manusia masih kekal sebagai penyumbang utama kepada kes kemalangan maut di Malaysia, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Transcript
00:00Berikutnya, analisis statistik kemalangan jalan raya menunjukkan faktor manusia masih kekal sebagai penyumbang utama kepada kes kemalangan maut di Malaysia.
00:09Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Myra Salam, kenyataan pada Sabtu berkata,
00:14antara punca utama yang dikenalpasti ialah kegagalan pemandu melihat atau menyedari kehadiran kenderaan dan objek di hadapan atau di sebelah.
00:26Selain itu, sikap cuai ketika keluar atau masuk simpang serta jalan susur, memotong atau menukar lorong secara berbahaya, leka, berangan,
00:36letih atau mengantuk.
00:37Juga dikenalpasti sebagai punca utama kemalangan.
00:41Menurut kenyataan itu lagi, corak ini menunjukkan bahawa kebanyakan kemalangan sebenarnya boleh dicegah melalui perubahan tingkah laku dan disiplin pemanduan
00:51yang lebih baik.
00:53Menurut Miros, statistik kemalangan oleh Polis Diraja Malaysia PDRM menunjukkan secara purata 13 penunggang motosikal maut setiap hari di Malaysia.
01:02Dan corak kemalangan merentas tahun juga menunjukkan mereka terus menjadi kumpulan paling terdedah kepada risiko maut di jalan raya.
01:11Tambahnya, 4 daripada 10 penunggang motosikal melebihi had laju, 26% hingga 50% melanggar lampu isyarat merah dan 54
01:22% tidak berhenti langsung sebelum melintasi persimpangan.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended