00:00Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bersetuju tanpa syarat untuk parti itu mengambil alih jawatan Pengurusi Perikatan Nasional atau PN dikosongkannya.
00:14Tuan Ibrahim berkata perkara itu sudah dipersetujui dalam siri perbincangan kepimpinan tertinggi parti bersama Muhyiddin dan akan dimutamatkan dalam mesyuarat majlis tertinggi atau MTPN dijangka hujung bulan ini.
00:28Katanya Muhyiddin sebelum ini memberi respon positif dengan hasrat agar pengurusi diberi mandat penuh untuk menguruskan PN manakala perkara berbangkit dirujuk kepada mazlis Presiden.
00:42Menurut Tuan Ibrahim, PAS belum mengumumkan calon pengurusi baharu sebagai tanda hormat kepada Muhyiddin selagi proses perletakan jawatan terbabit belum muktamad secara rasmi iaitu disahkan MTPN.
00:55Sementara itu, beliau berkata pengurusi PN yang berharu terbabit tidak boleh dianggap sebagai jaminan kepada pemimpin berkenaan menjadi calon poster boy atau Perdana Menteri PRU-16 selain bayangan peganti Hadi.
01:11Katanya jawatan ini dalam konteks parti untuk memimpin gabungan supaya jentera diperkukuh dan diperkemaskan bagi menghadapi PRU-16.
01:20Selain Hadi dan Tuan Ibrahim, nama Menteri Besar Terganu, Ahmad Samsuri Motar dan Menteri Besar Kedah Sanusinur turut disebut-sebut sebagai peganti Muhyiddin.
Comments