Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Khamis selepas disyaki meminta seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam bas petang Selasa lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin Bermula hari ini sehingga 11 Februari.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:02Buli Tina Wani Jamini bersama saya Farhan Hakimi
00:04dan kita mulakan dengan laporan berikut.
00:06Seorang pemandu bas sekolah di Rehman 7 hari
00:09oleh Mahkamah Magistret Jasin pada Khamis
00:11selepas disyaki meminta seorang pelajar lelaki
00:14berusia 14 tahun melakukan perbuatan tidak bermoral
00:18di dalam bas petang selasa lalu.
00:21Perintah tahanan Rehman terhadap suspek lelaki
00:23berusia 50 tahun itu dikeluarkan Magistret Mazana Sinin
00:27bermula hari ini sehingga 11 Februari.
00:30Penahanan itu bagi membantu siasatan mengikut
00:33Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
00:36Terhadap Kanak-Kanak AKSTK 2017.
00:40Difahamkan kejadian terbongkar pada malam selasa lalu
00:43apabila ibu pelajar lelaki berusia 14 tahun itu
00:45melihat perubahan sikap anaknya itu seperti menyembunyikan sesuatu.
00:50Remaja itu kemudian menceritakan kira-kira jam 3 petang hari yang sama
00:54suspek bertindak mencabulnya dengan cara memaksanya
00:56melakukan perbuatan tidak bermoral.
00:58Ketika itu mangsa bersendirian di dalam bas
01:01selepas semua pelajar turun sebelum suspek
01:03memberhentikan bas di tepi jalan
01:05berhampiran kawasan perumahan di Kesang.
01:08Ibu mangsa yang juga seorang guru kemudian
01:10tampil membuat laporan polis
01:11di Balai Polis Kesang pada Rabu Malam.
01:14selamat menikmati.
01:18Terima kasih.
Comments

Recommended