00:00Barisan Nasional berpeluang meraih kelebihan di Selangor sekiranya perselisihan antara PAS dan BERSATU berhubung jawatan pengurusi Perikatan Nasional berpanjangan, menurut penganalisis.
00:12Isamuddin Bakar dari Ilham Center berkata BN meraih sokongan yang besar pada PRN 2023 kerana ketika itu ia dilihat sebagai alternatif kepada BN.
00:23Isamuddin berkata pertikaian yang berlarutan boleh memberi ruang kepada BN untuk meraih kembali sokongan di Selangor terutama di kawasan separa bandar dan luar bandar dengan majoriti Melayu di sepanjang sepadan utara dan timur.
00:38Sumber memberitahu FMT bahawa Pakatan Harapan, BN dan PN di Selangor sudah mula membincangkan kemungkinan pengagihan kerusi di sebalik kemelut dalaman PN.
00:49Sumber itu berkata ketiga-tiga gabungan sedang mencari rakan kerjasama dengan PAS cuba bekerjasama dengan UMNO, manakala UMNO juga sedang menilai sama ada lebih baik untuk terus bekerjasama dengan PH.
01:03Menurut sumber itu lagi, kerjasama PHBN dilihat paling berdaya maju kerana mempunyai penyokong tersendiri sekaligus meminimumkan pertindihan kerusi.
01:12Sementara Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kejayaan PAS di Selangor mencerminkan kekecewaan pengundi Melayu terhadap PH.
01:22Nama pertikaian PAS bersatu boleh melemahkan PN.
01:25Azrin Zainal, FMT
Comments