Skip to playerSkip to main content
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dijadualkan berlangsung di Istanbul pada Jumaat dijangka akan membuka ruang kepada mencapai keamanan berkekalan di seluruh rantau Asia Barat. Beliau memberi kredit kepada tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang menggunakan kaedah diplomasi paksaan untuk membolehkan rundingan berkenaan dijayakan. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Saya fikir bahawa perperangan ini bukan jalan yang terbaik dan sebab itu kita lihat walaupun Trump ini dia memberikan pelbagai kata-kata yang seperti apa memaksa ataupun amaran dan sebagainya tapi beliau memberikan tempoh dua minggu untuk satu perbincangan dan juga persetujuan diambil.
00:22Dan sebab itu perbincangan di Istanbul nanti adalah satu detik yang penting supaya semua isu yang dituntut itu dapat diberikan perhatian dan juga perperangan dapat dielakkan.
00:37Jadi saya fikir ini adalah satu mungkin perubahan yang penting kepada Asia Barat, geopolitik Asia Barat walaupun ianya bersifat sesuatu yang keras dan juga tidak disenangi tetapi mungkin ada hikmah yang mungkin akan merubah geopolitik dan juga akan menjadikan Iran sebuah negara yang semakin efisien dan juga committed untuk mencapai keamanan dan juga perdamaian di Asia Barat dan seluruh dunia insyaAllah.
01:06Begitu juga Presiden Iran memang menyambut kenyataan itu dan Iran terbuka untuk berunding dengan Trump berkaitan dengan apa juga yang dituntut oleh Amerika Syarikat termasuk menggunakan rakan sekutu seperti Turki, Arab Saudi dan juga Qatar. Pandangan Ashraf?
01:25Ya, saya ingin kita menyambung sorotan yang kita boleh bacaan realiti pada ketika ini di mana diplomasi paksaan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran dan mungkin kalau saya boleh panjangkan daripada apa gambaran yang Prof berikan sebentar tadi dalam aspek diplomasi
01:55inti yang ingin didil kembali oleh Amerika kepada Iran basically ada tiga perkara yang Amerika mahukan terhadap Iran.
02:05yang pertama adalah Amerika mahukan supaya Iran menghentikan program pengayaan uranium mereka di Iran sendiri, di tanah mereka sendiri dan yang kedua Amerika mahu supaya Iran menyerahkan jumlah uranium yang dikatakan 400 kg itu dan juga jumlah pengayaan uranium yang sekitar 60% itu harus didilutkan kepada 20% dan berada dalam kawalan
02:35ketiga, Amerika mahukan supaya Iran menghentikan program ballistic missile mereka dan ini adalah antara tiga isi kandungan utama perjanjian di mana Amerika mahukan Iran untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut tetapi realitinya kita faham bahawa ini adalah kad yang hanya kad-kad utama yang Iran ada dan saya tidak merasakan bahawa Iran akan tunduk secara ke semua tuntutan tersebut
03:03dan kita akan lihat sama ada hasil daripada rundingan diplomasi ini, Amerika berjaya memaksa Iran untuk menerima tuntutan tersebut ataupun sebaliknya dan ini antara jangkaan-jangkaan yang kita boleh lihat dalam perkembangan sehari dua ini.
Comments

Recommended