00:00Perusahaan Malaysia dijangka meneruskan aliran positif minggu ini meskipun pasaran kekal dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik global.
00:08Puanalisis berkata, sentima pelabur terus disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan serta persekitaran kadar faedah yang stabil.
00:19Naik Presiden Pelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Tong Pak Ling berkata, permintaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan berterusan bagi projek infrastruktur
00:27dijangka terus menyokong pasaran.
00:30Menurut beliau, walaupun ketegangan geopolitik dan kenaikan harga minyak berpotensi meningkatkan turun naik pasaran, aktiviti belian saham pada harga rendah
00:38dijangka membantu mengekalkan momentum dagangan.
00:41Beliau menjangkakan indeks FBM-KLCI bergerak dengan kecenderungan meningkat dalam lingkungan 1,720 hingga 1,750 mata minggu ini.
00:50Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA, Mohd Siddiq Jantan berkata, pasaran turut memberi perhatian kepada perkembangan ekonomi AS.
01:01Katanya pelabur sedang menunggu laporan senarai gaji bukan ladang AS bagi mendapatkan petunjuk baharu berhubung hala tujuh kadar faedah Rizal
01:10Persekutuan AS.
01:11Menurut beliau, data pekerjaan yang sederhana atau lebih rendah daripada jangkaan boleh mengukuhkan prospek penurunan kadar faedah dan seterusnya menyokong
01:20aliran dana ke pasaran serantau termasuk Malaysia.
01:24Bagaimanapun, data yang lebih kukuh daripada jangkaan berpotensi meningkatkan nilai dolar AS serta hasil bon perbandaharaan negara itu.
01:32Keadaan itu boleh mendorong aktiviti pengambilan untung dalam kalangan pelabur di pasaran serantau.
01:37Secara keseluruhan, pasaran dijangka kekal berhati-hati dengan tumpuan turut terarah kepada data ekonomi China serta perkembangan geopolitik di Asia
01:47Barat.
01:47Bagi minggu lalu, FBM KLCI ditutup 10.85 mata lebih tinggi kepada 1,735.75 mata berbanding 1,724.90
02:00mata pada minggu sebelumnya.
Comments