Skip to playerSkip to main content
"Saya baru ambil ganja sebab tertekan lepas bertengkar dengan bos."

Demikian alasan diberikan seorang lelaki apabila ditahan dalam sekatan jalan raya Operasi Sepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765716/berita/semasa/saya-baru-ambil-ganja-lepas-bertengkar-dengan-bos

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Dadah #Sekatanjalanraya
Transcript
00:00Demikian alasan diberikan seorang lelaki apabila ditahan dalam Sekatan Jalan Raya Operasi Sepadu,
00:08Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan pada selasa.
00:16Terdahulu, lelaki berusia 49 tahun yang menunggang motosikal itu bertindak melarikan diri dengan melawan arus
00:23tetapi terbabas di bahu jalan ketika mengelak kenderaan lain.
00:27Semasa diperiksa, individu itu disyaki memiliki bahan terlarang malah saringan bujian air kencin turut mendapati dirinya positif dadah.
00:37Lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kota Damansara ke Kajang Utama.
00:57Lelaki itu antara empat individu yang ditahan kerana positif dadah dalam operasi sepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
01:09Pengarah JPJWPKL Hamidi Adam berkata, empat individu yang ditahan terdiri daripada seorang pemandu lori,
01:17manakala selebihnya merupakan penunggang motosikal.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended