Skip to playerSkip to main content
Tiga pasangan pengantin Orang Asli termasuk dua daripadanya yang baru memeluk Islam, selamat diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Kemaman pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Majlis itu diraikan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, penduduk kampung dan wakil agensi berkaitan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765460/edisi/terengganu/tiga-pasangan-orang-asli-di-kampung-sungai-pergam-bersanding-serentak

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #Perkahwinan #Terengganu #KampungSungaiPergam
Transcript
00:00Tiga pasangan pengantin orang asli mencatat detik bersejarah apabila disatukan dalam satu majlis perkahwinan serentak yang berlangsung di Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Perkam di Kemaman.
00:13Majlis yang diraihkan secara sederhana namun meriah itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada penduduk kampung serta wakil agensi berkaitan.
00:23Ketiga-tiga pasangan dinikahkan oleh jurunikah dari Pejabat Agama Kemaman di Surab An-Nur.
00:29Sebelum diarap sejauh 50 meter ke Dewan bagi majlis persandingan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni.
00:38Majlis perkahwinan berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Perkim Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai usaha kebajikan serta dakwah kepada komuniti orang asli.
00:55Menurut Perkim Terengganu, dua daripada pengantin perempuan merupakan saudara baru dan akan terus dibimbing dari segi pendidikan agama serta kebajikan selari dengan komitmen berterusan membantu kesejahteraan masyarakat orang asli di negeri ini.
01:12Di sini kita ada dalam 175 keluarga dan jumlah penduduk terkini lebih daripada 600 orang.
01:25Yang menurut Islam sebab dia kan menurut Islam yang lain-lain dah menurut Islam lama dah.
01:31Daripada tahun 60 awal 70an dulu lagi.
01:35Kemudian yang menurut Islam ni bila dia nak lasungkan perkahwin dengan daripada tempat lain.
01:42Nak kahwin dengan orang sini dan penduduk di sini memberi syaratnya jika nak kahwin dengan orang sini kena masuk Islam.
01:50Jadi Alhamdulillah saya rasa itu satu pendekatan dakwah yang biasa.
Comments

Recommended