Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
With upgrades to the country’s weather forecasting system, tsunami and earthquake warnings could be issued within six minutes of an incident occurring, says Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

The Natural Resources and Environmental Sustainability Minister said that it takes around eight minutes for the alert to be issued after an incident has been detected but the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) is aiming to cut the time to six minutes.

Read more at https://shorturl.at/e5qmR

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atau NRES melalui Jabatan Meteorology Malaysia atau MED Malaysia
00:08sentiasa memperkukuh keberkesanan sistem amaran awal bencana berkaitan cuaca, gempa bumi dan tsunami
00:17bagi memastikan makluman ancaman bencana dapat disampaikan secara pantas, tepat dan menyeluruh
00:27termasuk kepada komuniti di kawasan luar bandar
00:31Bagi menaik taraf sistem amaran awal cuaca, kerajaan telah memperuntukkan kos keseluruhan sebanyak RM242 juta
00:40yang merangkumi pelaksanaan beberapa projek peningkatan sistem ramalan serta pembinaan reda cuaca
00:47Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM18 juta di bawah RMK yang ke-13
00:54bagi pembangunan sistem amaran awal tsunami nasional Malaysia
01:01Dari segi pengukuhan sistem pencarapan dan ramalan, MED Malaysia terus memperkukuh keupayaan ramalan cuaca
01:09melalui penambabaikan Radar Integrated Now Casting System atau RAINS
01:15yang mengintegrasikan rangkaian radar dan model ramalan berangka bagi menghasilkan unjuran pergerakan
01:24serta intensiti hujan secara hampir masa nyata
01:29Pada masa yang sama, Sistem Numerical Weather Prediction atau NWP
01:35turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi High Performance Computing ataupun HPC
01:42terkini serta penerapan kecerdasan buatan pembelajaran mesin dan analitik data raya
01:49Pengukuhan ini membolehkan penjanaan ramalan cuaca sehingga 14 hari kehadapan
01:55dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 300 meter berbanding 1 kilometer sebelum ini
02:03Keupayaan ini membolehkan perincian corak cuaca di kawasan berisiko tinggi
02:08dikenalpasti dengan lebih awal, tepat dan bersasar termasuk di kawasan-kawasan luar bandar
02:14Bagi memastikan penyampaian maklumat amaran yang pantas, tepat dan menuruh
02:20khususnya kepada komuniti luar bandar dan kawasan berisiko
02:24MED Malaysia terus memperkuku sistem penyampaian maklumat
02:28melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk SMS, aplikasi MyCuaca
02:34laman sesawang MED Malaysia, media sosial, syaran radio dan televisyen
02:39serta kerjasama strategik bersama NADMA, pihak berkuasa tempatan dan jawatan kuasa
02:45pengurusan bencana daerah
02:47Seiring komitmen yang berterusan dalam memperkuku kesiapsiagaan bencana negara
02:53bermula pada tahun 2026, MED Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan
03:00tempoh hebahan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami
03:04daripada 8 minit kepada 6 minit selepas kejadian dikesan
03:11di samping meningkatkan ketepatan ramalan cuaca daripada 82% kepada 85%
03:19Seterusnya untuk kesiapsiagaan dan tindak balas, MED Malaysia mengoperasikan
03:26sistem amaran awal secara berterusan 24 jam sehari 7 hari seminggu
03:32bagi memastikan pengesanan awal, pengeluaran amaran yang tepat pada masanya
03:38serta penyelarasan berterusan dengan agensi pengurusan bencana
03:43peringkat negara dan juga negeri
03:49Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended