Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pengurusan sambutan Thaipusam di Batu Caves memperketat kawalan kebersihan dan keselamatan dengan penambahan kemudahan serta kerjasama pelbagai agensi, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perayaan yang bakal berlangsung.
Transcript
00:00Pihak pengurusan sambutan Taipusam di Batu Keif memperketat kawalan kebersihan dan keselamatan sepanjang perayaan berkenaan dengan menambah kemudahan serta memperkukuh pemantauan di kawasan tumpuan.
00:12Pengurusan Kuil Sri Mahamaryaman Devas Tanam, Datuk N Sivakuma berkata, langkah itu selari dengan penguatkuasaan larangan membuang sampah di tempat awam yang berkuatkuasa sejak awal Januari lalu.
00:25Lebih 300 tong sampah kecil dan beberapa tong besar disediakan di sekitar kawasan Batu Keif bagi memastikan pengurusan sisa dilakukan secara teratur sepanjang sambutan Taipusam.
00:38Orang ramai termasuk penganut Hindu dan pengajung digesa membuang sampah di tempat yang disediakan.
00:44Dalam hari itu, persediaan sambutan Taipusam telah dilaksanakan lebih awal dengan kerjasama rapat antara pengurusan Kuil dan pelbagai agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.
00:57Persediaan termasuk pergerakan pedati yang bermula dari 30 Januari serta perancangan khusus untuk pembawa paal, kudam dan kavadi yang telah dibuat dalam tempoh 2 hingga 3 bulan bagi memastikan kelancaran acara.
01:11Pengurusan turut menegaskan pengunjung dan penganut tidak dibenarkan membawa barangan berbahaya ke kawasan sambutan dengan pemantauan dilakukan oleh pihak keselamatan bagi mencegah insiden tidak diingini.
01:23Taipusam yang disambut pada ahad depan merupakan antara perayaan Hindu paling penting di Malaysia dengan Batu Keif menjadi tumpuan utama ribuan penganut dan pelancong.
Comments

Recommended