00:00Indonesia sahkan pensijilan halal wajib akan diperluas kepada lebih banyak kategori produk termasuk makanan, minuman, barangan pengguna dan kosmetik menjelang 17 Oktober 2026.
00:13Langkah itu selaras dengan fasa baharu pelaksanaan jaminan produk halal, JPH.
00:19Pengumuman itu dibuat Kementerian Agama melalui Direkturat Jaminan Produk Halal sekaligus mengukuhkan kedudukan Indonesia sebagai pasaran halal terbesar dunia.
00:30Kewajipan tersebut turut merangkumi produk kimia, biologi dan barangan hasil kejuruteraan genetik.
00:37Produk yang tidak mematuhi piawaian halal perlu dilabel jelas sebagai tidak halal bagi memastikan ketulusan maklumat kepada pengguna.
00:47Pelaksanaan ini tertakluk di bawah Undang-Undang Jaminan Produk Halal 2014.
00:51Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal BPJPH akan menguruskan proses pensijilan manakala Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan ketetapan hukum produk.
01:03Produk kosmetik yang sebelum ini diberi tempoh kelonggaran sejak 2014 turut diwajibkan mempunyai pensijilan halal mulai Oktober ini.
01:13Produk yang gagal memenuhi ketetapan boleh dikeluarkan dari pasaran atau disekat di peringkat import.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments