00:00Amalan duit kopi di pintu masuk sempadan boleh memberi ancaman besar kepada keselamatan negara.
00:06Itu pengakuan Jabatan Imigresen yang bertekad, membantras amalan itu dan memberi jaminan,
00:11setiap dawaan penerimaan suguhan kecil melibatkan pegawai dan anggotanya akan disiasat secara telus dan tindakan tegas termasuk rujukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
00:24Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Dato' Zakaria Shaaban berkata, walaupun jumlah duit kopi dianggap masih kecil,
00:31jabatan itu sentiasa terbuka menerima aduan orang ramai mengenai isu berkenaan.
00:37Katanya unit pematuhan bahagian integriti pada peringkat ibu pejabat dan negeri turut melaksanakan pemeriksaan mengejut secara berterusan di lokasi sensitif bagi melangkah pencegahan.
00:48Mengulas kebimbangan bahawa isu integriti di sempadan boleh menjejaskan reputasi keselamatan negara pada mata pelancong dan rakan antarabangsa,
00:57beliau memberi jaminan perkara itu ditangani melalui pelbagai inisiatif merangkumi dasar kerajaan serta langkah operasi.
01:05Dalam pada itu, dawaan pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dengan sindiket pengurusan pendatang hanya dipindahkan tanpa siasatan lanjut.
01:13Perkara ini satu salah faham.
01:16Menurut jabatan itu, tindakan pemindahan ialah langkah pencegahan awal bagi menghalang pegawai terbabit daripada terus mempunyai akses kepada perkara yang sedang disiasat sebelum tindakan selanjutnya diambil.
01:28Terima kasih kerana menonton!
Comments