Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata pendidikan untuk pelarian Palestin semakin terancam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Transcript
00:00Semoga kembali, pendidikan untuk pelarian Palestine semakin terancam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
00:06Ketua Pesuruh Jaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestine di Asia Barat, UNRWA,
00:14Philip Lazarini berkata, lebih 600,000 kanak-kanak di semenanjung Gaza dinafikan pendidikan formal selama lebih 2 tahun.
00:23Beliau berkata, kanak-kanak ini sedang mengharungi trauma yang mendalam di tengah-tengah runtuhan bangunan
00:28dan usaha mengembalikan mereka ke persekitaran pembelajaran yang selamat merupakan keutamaan utama UNRWA.
00:36Beliau menambah bahawa pada masa ini, seramai 65,000 kanak-kanak berada di ruang pembelajaran sementara UNRWA di Gaza,
00:44manakala hampir 300,000 kanak-kanak lain menerima pelajaran asas membaca, menulis dan mengira melalui platform digital.
00:52UNRWA mengoperasikan 187 sekolah di seluruh Palestine dan setakat tahun lepas.
00:58Badan antarabangsa itu melaporkan 27 daripada sekolah berkenaan telah musnah,
01:03139 yang lain pula rosak akibat berdilan ke atas bangunan tersebut.
Comments

Recommended