Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah melindungi empat migran senegaranya.
Transcript
00:00Seorang lelaki Bangladesh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Shahlam
00:05selepas didapati bersalah menyembunyikan dan melindungi empat migran warga negara sama.
00:12Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Dato' Zakaria Shaqban dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan
00:17sabitan itu dibuat mengikut Seksyen 26H, Akta Anti Pemberdagangan Orang dan Anti Penyelidupan Migran 2007.
00:25tertuduh Rabbi Hosen dijatuhi hukuman pada Khamis selepas didapati bersalah bertindak sebagai penjaga rumah penampungan migran
00:33yang dijadikan premis transit untuk aktiviti penyelidupan.
00:38Kes itu terbongkar hasil operasi khas oleh ibu pejabat di Jabatan Imigresen pada 4 November tahun lepas
00:43di rumah bangsa rampai idaman di Prima Damansara, Talinjaya apabila tertuduh bersama empat migran ditemukan dalam sebuah unit rumah di lokasi berkenaan.
00:55Jabatan itu menegaskan komitmen berterusan untuk membanteras penyelidupan migran dan pemerdagangan manusia.
01:01Selain memberi amaran, tindakan undang-undang tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu,
01:07sindiket, majikan atau pemilik premis yang menggaji, melindungi maupun bersokongkong
01:14dengan pendatang asing tanpa izin.
Comments

Recommended