Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Semua pihak berkepentingan perlu memahami peranan masing-masing dalam menjayakan RPTM, termasuk universiti, industri, komuniti, agensi antarabangsa dan mahasiswa.
Transcript
00:00Dalam hal itu, pelaksanaan berkesan serta kefahaman menyeluruh terhadap kandungan rancangan pendidikan tinggi Malaysia, RPTM 2026 hingga 2035, menjadi kunci utama dalam memastikan kejayaan agenda transformasi sektor itu.
00:14Timbalan Naib Chancellor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Izani Muhammad Zain berkata, selain memiliki plan pelaksanaan yang mantap, semua pihak berkepentingan perlu memahami peranan masing-masing dalam menjayakan RPTM.
00:27termasuk universiti, industri, komuniti, agensi antarabangsa dan mahasiswa sendiri.
00:37Kefahaman untuk memahami kandungan RPTM ini. Jadi kalau kita tidak faham bagaimana kita nak menjiwai, jadi kita juga kena lihat bahawa RPTM ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, bukan saja universiti,
00:52kita ada industri, kita ada komuniti, kita ada agensi-agensi antarabangsa dan banyak lagi. Jadi bagaimana kita nak memastikan ke semua aktor dalam RPTM ini memahami dan juga mahasiswa.
01:06Kerana mahasiswa ini tak boleh hanya sebagai menerima saja kan apa yang telah ditentukan.
01:11Sebab itu baru-baru ini saya melihat dalam berita majlis perundingan pelajar kebangsaan MPPK yang merupakan badan kepimpinan pelajar yang tinggi di peringkat kebangsaan
01:23telah berjumpa dengan Datuk Seri Diraja Dr. Zambi Abdul Qadir. Mereka mendesak supaya mahasiswa dilibatkan sama dan juga mereka perlu bersama-sama dalam proses menjayakan RPTM ini.
01:38Menurut beliau, RPTM menekankan pembentukan mahasiswa yang berfokuskan kemanusiaan, berciri keusahawanan dan bersifat adaptif
01:46yang pastinya amat memerlukan input berguna daripada golongan pelajar sendiri.
01:51Tambahnya RPTM perlu sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa termasuk cabaran global dan geopolitik agar kekal relevan dan berdaya saing.
01:59Dalam hal itu, seorang mahasiswa UMT dan peserta Global Student Leadership Summit GSLS, Kistina Wafiah Syahrul Nizam berkata,
02:07pelbagai program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi dan kementerian pengajian tinggi memberi penekanan kepada pembangunan mahasiswa secara holistik.
02:15Kistina yang baru pulang dari Jepun berkata,
02:17penedahan kepada pelbagai budaya dan cara hidup di luar negara membuka perspektif baru dalam membentuk disiplin, rasa hormat serta jati diri sebagai mahasiswa.
02:27Kita berada di dunia yang sentiasa berevolusi, sentiasa berinovasi yang baru.
02:33Jadinya, kita sebagai mahasiswa ini pun kena berani sendiri beradaptasi.
02:37Jadi, selain daripada kita berada dalam negara kita sendiri, kita hanya memandang di kelompok itu sahaja.
02:42Jadi, kita beranikan diri ke peringkat antarabangsa dengan melihat kepada dunia luar,
02:46melihat kepada bagaimana mereka di luar itu hidup dan bukan hanya sahaja cara hidup mereka.
02:51Kita juga faham dengan macam mana mereka lalui perjalanan mereka hari-hari.
02:57Daripada sekecil-kecil benda lah, contohnya macam kita tengok diorang naik tren,
03:01very punctual, tak ada sesaat pun lambat.
03:05Katanya, usaha universiti untuk menggalakkan penyertaan dalam program antarabangsa
03:08bukan sahaja meningkatkan daya saing mahasiswa,
03:11malah membantu melahirkan graduan yang lebih bersedia,
03:14menghadapi cabaran dunia yang pantas berubah.
03:17selamat menikmati.
Comments

Recommended