00:00UMNO dilihat cuba menjaga keseimbangan apabila membenarkan pemimpinnya, mengkritik DAP namun kekal dalam kerajaan perpaduan sebagai strategi mengukuhkan sokongan pengundi Melayu, menurut penganalisis.
00:13Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, serangan parti itu terhadap sekutunya merupakan langkah terancang bagi meyakinkan pengundi Melayu bahawa UMNO masih komited mempertahankan hak dan kepentingan mereka.
00:27Strategi itu katanya bertujuan mengelakkan kemerosotan sokongan aka umbi yang merosot ketara pada PRU-15, khususnya menjelang PRU-16.
00:36Beliau menambah bahawa walaupun UMNO pada peringkat awal cuba meredakan sentimen NTDAP selepas PRU-15, laluan itu kini ditutup dan sebaliknya parti itu memilih untuk seiring dengan mesej NTDAP.
00:49Sementara Asrul Hadi Abdul Wasani, naik presiden bersekutu di firma perunding The Asia Group, menyifatkan langkah UMNO sebagai penyesuaian semula yang pragmatik, bukannya perubahan strategi secara menyeluruh.
01:02Beliau berkata penjelasan bahawa Pakatan BNPH bagi PRU-16 belum dimuktamadkan bertujuan menangani kegusaran yang semakin meningkat dalam kalangan aka umbi UMNO terhadap kerjasama dengan PH, khususnya DAP.
01:16Pada masa sama katanya kesediaan UMNO membantu membentuk kerajaan negeri Sabah mencerminkan pragmatisme parti itu dalam mengekalkan relevan politik apabila menyokong pengerusi gabungan rakyat Sabah, Haji Jinur pada November lalu walaupun mereka merupakan seteru dalam PRN ke-17.