00:00Penganalisis politik menolak cadangan supaya setiap parti dalam blok kerajaan perpaduan diwakili dalam Kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
00:09Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:12tiada keperluan memberikan jawatan menteri kepada parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen yang sedikit,
00:19seperti Parti Bangsa Malaysia, MCA dan MIC.
00:23Beliau menambah bahawa sekiranya Anwar memenuhi tuntutan semua parti,
00:27ia akan memberi impak negatif kepada imej kerajaan dan beliau akan dilihat sebagai mudah menurut permintaan.
00:34Mazlan turut berkata Perdana Menteri mempunyai pilihan untuk mengurangkan kuota yang diperuntukkan kepada parti-parti besar
00:41tapi tindakan ini akan menimbulkan ketidakpuasan, sesuatu yang tidak diingini memandangkan pengaruh mereka lebih besar.
00:49Sementara itu Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata,
00:52memberikan jawatan menteri kepada ahli parlimen yang tidak berkelayakan
00:56walaupun mereka pemimpin parti akan menjejaskan imej kerajaan Anwar
01:01terutama apabila ia sepatutnya lebih berteraskan reformasi.
01:05Beliau juga berkata tiada jaminan bahawa parti-parti ini akan terus menyokong Anwar
01:10dalam PRU-16 walaupun diberi jawatan dalam kabinet.
01:14Azurin Zainal, FMT
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments