Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Jordan dan Qatar sepakat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Bersama di Amman, menuntut pelaksanaan penuh gencatan senjata Gaza, penghentian pelanggaran Israel di Syria dan Lubnan, serta menyeru dialog politik di Yaman sambil menolak pengiktirafan unilateral Israel terhadap ‘Somaliland’

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jordan dan Qatar menggesa perjanjian gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sepenuhnya sambil mendesak Israel untuk memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke semenanyi Gaza tanpa halangan.
00:13Gesaan itu dicapai dalam sesi jawatan kuasa tinggi bersama Jordan Qatar di Aman pada Ahad.
00:18Sesi mesyuarat itu dipengusikan bersama Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Luar Jordan Aiman Safadi dan Perdana Menteri Merangkap Menteri Luar Qatar Syekh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Thani.
00:30Dalam sesi mesyuarat tersebut dengan kedua-dua pihak berkongsi pandangan serta mencapai kata sepakat mengenai beberapa isu panas rantau.
00:38Mereka turut menyatakan bantahan keras terhadap sebarang usaha memaksa rakyat Palestine meninggalkan rumah mereka.
00:43Kedua-dua pihak turut menuntut secara tegas agar Israel menghentikan pelanggaran ketenteraan di Syria dan Lubnan sambil menekankan keperluan mematuhi sepenuhnya perjanjian kencatan senjata sedia ada.
00:56Berhubung isu Yemen, mereka menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dan melibatkan diri dalam dialog politik ke arah perdamaian menyeluruh bagi menjamin keselamatan serta kestabilan jangka panjang di rantau tersebut.
01:07Selain itu, Jordan dan Qatar sekali lagi menegaskan penentangan terhadap tindakan Israel mengiktiraf Somaliland secara unilateral.
Comments

Recommended