00:00Masih berkenaan PAO 2025, ahli UMNO tidak seharusnya gentar dengan DAP jika tidak pernah takut dengan gerakan atau MCA atau parti politik bukan Melayu.
00:10Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, apa yang harus ditakuti adalah apabila orang Melayu gagal untuk bersatu dalam menghadapi cabaran politik.
00:19Mengambil contoh rang undang-undang atas pembaharuan semula bandar, Datuk Seri Johari berkata, walaupun UMNO hanya memiliki satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur berbanding 10 kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan, parti itu tak berjaya menangguh pelaksanaan RUU berkenaan pada Ogos lalu.
00:38Beliau yang juga ahli parlimen Titiwang semenegaskan, peranan UMNO dalam kerajaan adalah bagi memastikan setiap dasar yang digubal selari dengan aspirasi rakyat serta tidak menjejaskan kedudukan orang Melayu khususnya di kawasan bandar.
00:53Ini adalah politik masa hadapan. Kita tak perlu takut dengan siapa. Kenapa perlu kita takut dengan DAP? Saya rasa tidak ada sebab kita perlu takut dengan DAP.
01:08Kalau kita tidak takut kepada gerakan, kita tak pernah takut kepada MCA, kita tak pernah takut dengan mana-mana parti yang bukan Melayu khusus, kenapa perlu kita takut dengan DAP?
01:22So, saudara, tuan-tuan dan perempuan, yang kita takut apabila Melayu tidak boleh bersatu.
01:31Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengolongan di Perhimpunan Agong UMNO 2025 di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Be the first to comment