Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada perwakilan selepas dibentangkan dalam perhimpunan parti.
00:00UMNO akan memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung melibatkan parti politik Melayu dan Islam bagi mewujudkan penyatuan dari segi pemikiran dan gerak kerja dalam usaha memperkukuhkan agenda Melayu dan Islam.
00:14Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, perbincangan bersama kepimpinan utama parti politik yang berhasrat menyertainya akan dimulakan dengan peringkat awal melibatkan kepimpinan tertinggi.
00:26Beliau menegaskan cadangan itu telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada perwakilan selepas dibentangkan dalam perhimpunan agung UMNO.
00:37Kita mengambil langkah apa yang telah saya sebutkan dalam ucapan penggulungan tadi dan kita akan mengadakan perbincangan kepimpinan utama semua parti-parti yang berhasrat untuk mengadakan kolaborasi ini.
00:59Pimpinan utama kita akan mulakan dengan top 10. Artinya Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden parti-parti yang berkenaan dengan kepimpinan utama termasuk Ustaz Agung untuk penerangan dan pegawai-pegawai kanan parti-parti yang berkenaan ini.
01:16Ahmad Zahid turut menolak penggunaan istilah Muafakat Nasional 2.0 dengan menjelaskan bahawa Muafakat Nasional telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO.
01:29Justru ia tidak sesuai digunakan semula bagi kerangka kerjasama baharu tersebut.
Be the first to comment