Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan kira-kira waktu tengah hari Sabtu di ruang udara Daerah Maros, Sulawesi Selatan, ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
00:00Bertemu kembali, Kementerian Hal Ehwal Merin dan Perikanan Indonesia sahkan pesawat ATR-42500 kendalian Indonesia Air Transport IAT yang hilang pada Sabtu merupakan pesawat rondaan miliknya.
00:15Pengesahan dibuat Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Merin dan Perikanan PSDKP, Kementerian Berkenaan Pung Nugroho Saksano.
00:23Bagaimanapun, katanya setakat ini belum ada maklumat mengenai keadaan anggota yang berada di dalam pesawat itu, memandangkan pesawat berkenaan masih belum ditemukan.
00:37Menurutnya, Kementerian akan mengerahkan kakitangannya bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
00:41Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan kira-kira waktu tengah hari Sabtu di ruang udara daerah Maros, Sulawesi Selatan ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
00:51Ia membawa 10 orang, terdiri daripada 7 anak kapal dan 3 penumpang.
00:56Pihak berkuasa penerbangan tempatan berkata usaha mencari dan menyelamat, diaktifkan serta merta.
Be the first to comment