Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ada pihak cuba naikkan emosi UMNO agar tinggalkan Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan di PAU 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Wujud usaha untuk menaikkan emosi dan amarah orang UMNO agar tinggalkan kerajaan perpaduan tanpa menamakan mana-mana parti dalam komponen kerajaan,
00:10Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, tindakan tersebut dibuat agar Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 dibentuk tanpa melibatkan UMNO.
00:20Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia WTC di Kuala Lumpur pada Sabtu.
00:32Jadi berbagai usaha dibuat untuk memarahkan, menaikkan emosi kita dengan harapan ialah orang UMNO ini kadang-kadang cepat marah, cepat melenting.
00:46Orang Melayu ini marah, melenting. Dengan harapan besar supaya buat begitu UMNO akan meninggalkan kerajaan.
00:56Maka bersoraklah mereka jika kita buat begitu. Ini pun yang mereka nak.
01:02Maka berulanglah kembali Kerajaan PH 1.0.
01:07Di mana mereka dengan sewenang-wenangnya buat apa saja yang mereka suka kerana tidak ada suara yang akan membantah, yang akan membangkang di dalam apa juga yang mereka lakukan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended