Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Duta AS ke PBB Mike Waltz berkata Presiden Donald Trump meletakkan semua pilihan di atas meja bagi menghentikan pertumpahan darah di Iran, susulan laporan ribuan terbunuh dalam tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. PBB menyeru semua pihak menunjukkan kawalan maksimum dan elak eskalasi serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat menegaskan sokongan terhadap rakyat Iran dan menyatakan bahawa Presiden Donald Trump akan sedaya upaya menghentikan pertumpahan darah di Republik Islam itu.
00:09Duta Amerika Syarikat Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mike Waltz berkata, Washington berdiri bersama rakyat Iran dan sedang memantau situasi di negara itu dengan lebih rapat.
00:21Trump sebelum ini beberapa kali mengancam untuk campur tangan bagi menyokong kumpulan penunjuk perasaan.
00:27bagaimanapun pada Khamis, beliau mengambil pendekatan berhati-hati selepas dimaklumkan bahawa kadar pembunuhan didakwa semakin menurun.
00:36Waltz turut menolak dawaan teheran bahawa protes tersebut adalah pakatan asing dengan tujuan menyediakan alasan bagi tindakan ketenteraan.
00:44Sebuah kumpulan hak asasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa lebih 2,000 orang terbunuh semasa tindakan keras yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap protes di Iran.
00:55Agensi berita aktivis hak asasi manusia Herana sahkan, paling ramai terbunuh ialah penunjuk perasaan diikuti orang awam.
01:04Protes itu yang dilaporkan merebak ke 180 bandar dan pekan di semua 31 wilayah dicetuskan oleh kemarahan terhadap kejatuhan mata wang Iran dan peningkatan kos sarihidup.
01:14Ia dengan cepat meluas menjadi tuntutan untuk perubahan politik dan menjadi salah satu cabaran paling serius kepada golongan ulama' sejak revolusi Islam 1979.
01:25Dalam pada itu, Setiausaha Agong Pertuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres menggesa semua pihak menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada konflik lebih besar.
01:38Situasi di Iran kekal menjadi tumpang global ketika mana tekanan antarabangsa terhadap kerajaan negara itu semakin meningkat.
01:45Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended