Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Gergasi penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, mencatat 1,173 tempahan sepanjang tahun lalu berbanding Airbus dengan 889 tempahan bersih untuk tempoh sama.
Transcript
00:00Gergasi penerbangan AS Boeing mencatat 1,173 tempahan sepanjang tahun lalu berbanding Airbus dengan 889 tempahan bersih untuk tempoh sama.
00:13Kemajuan ini menandakan kali pertama ia mengatasi pesaing dari Eropah itu sejak 2018 walaupun mempunyai jumlah penghantaran yang lebih rendah.
00:21Jumlah tempahan tahun lalu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 377 tempahan bersih direkodkan Boeing pada 2024 dan merupakan jumlah tahunan kelima tertinggi dalam sejarah syarikat itu.
00:35Pada bulan lalu Boeing menghantar 63 pesawat penumpang kepada pelanggan, meningkatkan jumlah penghantaran tahunannya kepada 600 pesawat yang tertinggi dalam 7 tahun dan meningkat berbanding 348 unit dihantar tahun sebelumnya.
00:51Airbus bagaimanapun masih menghantar lebih banyak pesawat berbanding Boeing tahun lalu dengan 793 penghantaran walaupun mencatat tempahan lebih rendah.
01:02Namun angka ini masih berada di bawah rekod pengeluar Eropah itu iaitu 863 pesawat yang dihantar pada 2019.
01:09Boeing merekodkan sejumlah 174 tempahan pesawat pada bulan lalu termasuk lebih 100 jet 737 MAX untuk Alaska Airlines seperti yang didedahkan oleh syarikat berpangkalan di Seattle itu minggu lalu.
01:22Pada selasa Delta Airlines mengumumkan bahawa telah membuat tempahan pertama bagi pesawat Whitebody dengan komitmen minimum 30 pesawat Boeing 787 Dreamliner.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended