00:00Banyak asyik kita jumpa tadi, memang banyak sesen yang jangkul.
00:04Sebanak 21,000 liter diesel bernilai lebih RM60,000 dirampas
00:08selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup, KPDN Selangor,
00:13membongkar kegiatan penyelewengan menggunakan lori kontena
00:16yang diubah suai menjadi tangki simpanan dalam serbuan di Subang Bestari pada Selasa.
00:22Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kecek berkata,
00:26serbuan Ops Tiris itu dijalankan kira-kira jam 8.30 pagi,
00:31hasil risikan selama hampir sebulan.
00:33Menurutnya, pemeriksaan mendapati lori kontena berkenaan
00:36telah diubah suai dengan pemasangan sebuah tangki besi berbentuk segi 4
00:41berkapasiti kira-kira 18,000 liter, lengkap dengan sistem pump untuk menyedut dan memindahkan diesel.
00:47Diesel tersebut dipercayai diperoleh melalui pembelian berulang kali
00:51di beberapa stesen minyak sekitar Shah Alam
00:53sebelum dikumpulkan di premis ini bagi tujuan pengedaran.
00:57Mohd Hanizam berkata,
00:58serbuan turut menemukan peralatan pemindahan diesel
01:01serta beberapa resib pembelian bahan api daripada stesen minyak
01:04yang dipercayai terlibat.
01:06Siasatan awal mendapati,
01:08premis ini dipercayai memperoleh diesel daripada syarikat atau individu
01:12yang tidak mempunyai lesin atau kebenaran sah
01:14untuk menjalankan urus niaga barang kawalan.
01:17Dalam operasi itu, 5 lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 50 tahun
01:22yang dipercayai berperanan sebagai pemandu lori, kelindan dan penjaga premis
01:27ditahan bagi membantu siasatan.
01:29Menurut Mohd Hanizam,
01:31nilai diesel yang dirampas dianggarkan antara RM60,000 hingga RM61,000
01:35manakala nilai keseluruhan sitaan termasuk lori kontainer dan peralatan lain
01:39dianggarkan melebihi RM300,000.
01:43Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961
01:46termasuk kesalahan memiliki dan menjalankan urus niaga diesel
01:50tanpa kebenaran sah.
Comments