00:00Ahli Parlimen Indrama Kota Saifuddin Abdullah menegaskan perjuangan politik Malaysia harus berpaksikan kepada kepentingan pertiwi atau tanah air yang mengatasi ajedah parti maupun kepentingan peribadi.
00:14Saifuddin menjelaskan realiti politik melibatkan pertembungan tiga elemen utama iaitu pertiwi, parti dan peribadi perlu diletakkan pada tempat betul.
00:24Menurutnya, pembangunan negara kini memerlukan kerangka baharu yang lebih segar bagi mendepani cabaran semasa.
00:33Sehubungan itu, beliau mencadangkan gagasan konsensus nasional baharu sebagai riset politik dan membetulkan hala tujuh ekonomi negara secara lebih komprehensif.
00:43Katanya, sistem, institusi dan undang-undang perlu diperbaiki termasuk institusi parlimen, badan kehakiman, sistem pilihan raya serta sektor perkhidmatan awam, pendidikan, kesihatan dan undang-undang tertentu
00:58di samping menegaskan bahawa kek ekonomi perlu dibesarkan dan diagihkan secara saksama.
01:05Menyentuh soal parti, Saifuddin berpendapat, sesebuah organisasi politik hanya wadah untuk mencapai cita-cita negara
01:12dan tidak seharusnya mengatasi perlembagaan persekutuan serta ajaran agama.
Be the first to comment