Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Ringgit meneruskan prestasi cemerlang 2025 meningkat 9 peratus berbanding Mac 2024. Adakah prestasi sama akan disaksikan pada 2026?
Transcript
00:00Saya akan teruskan dengan perkembangan ringgit di mana ringgit semalam ditutup lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada selasa didorong oleh minat belian yang lebih baik.
00:12Pada 6 petang selasa ringgit meningkat kepada 4.0460 berbanding dolar dan hari ini akan menjadi dagangan terakhir ringgit untuk 2025 sebelum membuka tirai 2026.
00:23Jadi mari kita saksikan prestasi ringgit pada pagi ini.
00:25Kalau kita nak buka bagaimana kita nak melihat prestasi ringgit itu untuk setakat jam lebih kurang 9.05 pagi untuk 31 Disember 2025 kita dapat saksikan nilai ringgit itu berada pada paras 4.052.
00:41Naik sedikit berbanding semalam hari selasa kalau kita nak lihat sepanjang prestasi dalam sekitar bermula pada 26 hari bulan pada hujung-hujung Disember ini kita dapat lihat paling rendah adalah pada 26 hari bulan iaitu sekitar kalau kita lihat pada paras 4.0316 itu adalah terendah dalam minggu ini.
01:03Tapi paling tinggi adalah sekitar lebih kurang 4.063 iaitu pada 29 Disember 2025 dua hari lepas lah.
01:14Tapi untuk sepanjang tahun ini kita nak recap sikit bagaimana prestasi kalau kita nak lihat bagaimana prestasi ringgit itu untuk sepanjang tahun ini kita cubalah eh.
01:24Kita cuba buka untuk sepanjang tahun 2025 maaf ada masalah teknikal sedikit.
01:33Okey kalau kita boleh tunjukkan untuk sepanjang tahun 2025 itu tapi ini jauh sangat kita dekatkan sedikit di mana dalam jangka masa 2025 ini pada awal ataupun pada sekitar awal tahun iaitu pada bulan March bermula sehinggalah ke arah penghujung tahun November Disember itu kita dapat lihat pengukuhan nilai ringgit.
01:54jika graf itu menurun ia menunjukkan ringgit itu mengukuh tapi jika graf itu menaik ia menunjukkan kelemahan nilai ringgit.
02:02Jadi bermula daripada awal tahun Januari Februari kita dapat lihat pengukuhan ataupun pergerakan nilai ringgit itu semakin mengukuh sehinggalah sampai ke penghujung tahun 2025.
02:12Ini adalah hasil daripada reformasi yang dilakukan kerajaan madani sepanjang tahun ini dari reformasi fiskal negara, reformasi cukai dan sebagainya.
02:20itu kita dapat lihat saksikan kesannya dalam prestasi ringgit.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended