00:00Kerajaan Columbia akan menaikkan gaji minimum negara itu kepada 1.75 juta peso sebulan atau kira-kira 470 dolar Amerika.
00:11Presidennya Gustavo Petro berkata pelarasan gaji baharu itu melibatkan peningkatan sebanyak 22.7% dan akan berkuatkuasa pada 2026.
00:21Gustavo turut mengumumkan subsidi pengangkutan tambahan untuk pekerja yang memperoleh sehingga dua kali gaji minimum sebulan.
00:51Gaji minimum baharu itu membabitkan sekitar 2.5 juta pekerja di seluruh negara.
01:09Kenaikan ini melebihi dua kali ganda peningkatan sebanyak 9.54% yang dibuat tahun ini kenaikan kepada 1.42 juta peso.
01:18Ia dijangka kenaikan gaji minimum terakhir oleh pentadbiran berhaluan kiri itu sebelum pilihan raya diadakan pada akhir Mei 2026.
01:26Gaji minimum baharu itu diumumkan melalui dekri selepas tiada persetujuan dicapai antara persatuan perniagaan dan kesatuan sekerja.
Comments