Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Gaza memerlukan kira-kira 200,000 unit rumah pasang siap bagi memenuhi keperluan kemanusiaan segera keluarga yang kehilangan tempat tinggal serta menyediakan perlindungan lebih selamat di tengah-tengah keadaan cuaca buruk.
Transcript
00:00Seterusnya, Gaza memerlukan kira-kira 200,000 unit rumah pasang siap
00:05bagi memenuhi keperluan kemanusiaan segera keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
00:11Malah ia juga keperluan kemanusiaan untuk menyediakan pelindungan lebih selamat
00:16di tengah-tengah keadaan cuaca buruk melanda wilayah itu yang masih diserang Israel.
00:23Menurut Bilik Operasi Kerajaan Palestine, ribut yang melanda ketika ini
00:27telah menenggelamkan dan memusnahkan ribuan kemah di seluruh Gaza
00:30sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
00:35Tambah kenyataan Bilik Operasi itu, Al-Rashid Koster Street sepanjang kira-kira 26km
00:40telah dinaiki air menyebabkan kerosakan terhadap kemah-kemah yang didirikan
00:44di sepanjang laluan berkenaan akibat ombak laut yang tinggi selepas ribut berkenaan.
00:50Cuaca buruk telah memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestine yang tinggal di kemah daif
00:54yang hanya memberikan perlindungan minimum daripada hujan dan cuaca sejuk melampau.
00:59Rumah-rumah yang rosak sebahagiannya turut runtuh sekaligus mengancam nyawa penduduk
01:03di tengah-tengah ketiadaan pilihan perlindungan yang selamat.
01:07Menurut Bilik Operasi itu, organisasi kemanusiaan kini berdepan kesukaran
01:11memenuhi keperluan mendesak penduduk yang kehilangan tempat tinggal
01:14berikutan kekurangan bekalan yang meruncing dan sekatan berterusan oleh Israel
01:18terhadap kemasukan bantuan ke semenanjung Gaza.
01:22Bilik Operasi itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
01:26dan organisasi antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel
01:30supaya membenarkan kemasukan segera rumah pasang siap dan bekalan pelindungan lain
01:34bagi meringankan penderitaan penduduk serta mengurangkan risiko ancaman nyawa
01:38yang mereka hadapi.
01:39selamat menikmati
Be the first to comment
Add your comment

Recommended