Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Mesyuarat itu diadakan atas permintaan rasmi kerajaan Somalia yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai ancaman terhadap kedaulatan wilayahnya dan berpotensi menggugat kestabilan serantau.
Transcript
00:00Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC dijadual mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan tindakan Israel mengiktiraf Somaliland sebagai sebuah negara merdeka.
00:13Antara lain, mesyuarat itu diadakan atas permintaan rasmi Kerajaan Somalia yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai ancaman terhadap kedaulatan wilayahnya dan berpotensi menggugat kestabilan serantau.
00:26Somalia turut disokong oleh sekurang-kurangnya 21 negara Arab, Islam dan Afrika yang mengecam tindakan Israel.
00:34Jumat lepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu umum ia mengiktiraf secara rasmi Somaliland menjadikannya anggota PBB pertama yang mengiktiraf wilayah itu sebagai negara berdaulat.
00:45Langkah Israel ini turut mencetuskan ketegangan diplomatik menjelang penggal Somalia sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB yang dijadual bermula awal Januari 2026.
00:58Somaliland yang mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral daripada Somalia pada 1991 masih belum diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara anggota PBB sehingga pengumuman Israel baru-baru ini.
01:12Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended