Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Pilihan raya Myanmar bermula pagi Ahad, dengan junta mendakwa ia sebagai usaha mengembalikan demokrasi selepas lima tahun menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Transcript
00:00Proses pilihan raya di Myanmar bermula pada pagi ahad dengan pihak junta mendakwa ia sebagai langkah mengembalikan demokrasi.
00:08Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi masih dipenjara manakala parti beliau yang pernah mendapat sokongan besar telah dibubarkan dan tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.
00:18Pilihan raya yang dijalankan sel berperingkat selama sebulan itu menerima kecaman daripada kumpulan hak asasi diplomat barat dan ketua hak asasi manusia pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
00:28yang mendakwa ia sarat dengan calon pro-tentera serta disertai tindakan keras terhadap pihak yang menentang parti pro-tentera Union Solidarity and Development Party
00:39dijangka muncul sebagai parti terbesar yang menurut pengkritik hanya satu usaha mencenamakan semula pemerintahan tentera.
00:46Myanmar, negara Asia Tenggara dengan kira-kira 50 juta penduduk kini dilanda perang saudara dan tiada pengundian dijalankan di kawasan yang dikuasai pemberontak.
00:56di kawasan yang dikawal junta. Pusingan pertama bermula pada pukul 6 pagi waktu tempatan melibatkan beberapa kawasan di Yangon, Mandalay dan Ibu Negara Naipidau.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended