Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, bagi menyediakan kemudahan sukan lebih sistematik dan holistik kepada golongan belia, menurut Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Transcript
00:00Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani bagi menyediakan kemudahan sukan lebih sistematik dan holistik untuk golongan belia.
00:11Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata, projek itu berada pada peringkat awal pelaksanaan dan dijangka dimulakan dalam masa terdekat.
00:20Katanya tapak pembinaan kompleks sukan telah dikenalpasti berhampiran pejabat penerangan daerah Kuala Muda dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta.
00:30Beliau berkata proses perolehan dan perancangan sedang berlangsung dan akan dipantau secara berterusan bersama Jabatan Kerja Raya JKR untuk memastikan projek dapat dilaksanakan.
00:42Menurutnya, kewujudan kompleks sukan ini akan memudahkan usaha melahirkan atlet-atlet baru dan memperkukuh pembangunan belia di Sungai Petani.
00:51Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen untuk terus memberi keutamaan kepada perkhidmatan di kawasan Parlimen Sungai Petani serta memperkasakan sukan sebagai medium penyatuan nasional tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended