Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
MCMC akan meneruskan sesi libat urus dengan penyedia platform media sosial bagi memastikan pematuhan undang-undang tempatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan semua platform dengan lebih lapan juta pengguna tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia demi keselamatan ruang digital negara.
Transcript
00:00Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
00:03MCMC akan terus meneruskan sesi libat urus dengan penyedia platform media sosial
00:09bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan tempatan
00:13yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2026.
00:17Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil,
00:20maklum balas yang diterima daripada penyedia platform setakat ini
00:23adalah tidak sekata dengan sebahagian menunjukkan tahap kerjasama yang tinggi
00:27dalam menangani kandungan bermasalah, manakala ada juga yang masih gagal
00:31memberikan komitmen sewajarnya.
00:36Bercakap kepada bernama, Fahmi menjelaskan bahawa meskipun platform media sosial
00:40dengan lebih 8 juta pengguna tidak perlu memohon lesen operasi secara rasmi,
00:45seperti diumumkan sebelum ini, semua undang-undang Malaysia tetap terpakai
00:49ke atas mereka bagi memastikan tanggungjawab terhadap kandungan
00:52dan aktiviti di platform masing-masing.
00:54Menurut beliau, peluang telah diberikan kepada penyedia platform
00:57untuk bekerjasama, namun masalah jenayah dalam talian masih berlarutan
01:01dan semakin membimbangkan termasuk kes penipuan yang meningkat,
01:05jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penyalahgunaan teknologi kecerdasan
01:08buatan seperti deepfake serta kegiatan perjudian dalam talian.
01:13Beliau telah merujuk laporan antarabangsa yang mendedahkan
01:15kewujudan platform tertentu yang menjana pendapatan melalui iklan penipuan
01:19sekaligus menimbulkan persoalan serius mengenai tahap tanggungjawab
01:23penyedia perkhidmatan digital terhadap pengguna.
01:26Mengulas kemungkinan tentangan daripada syarikat teknologi global,
01:29Fahmin menegaskan kerajaan tidak boleh terus menunggu,
01:32sedangkan mangsa penipuan dan penyalahgunaan digital terus bertambah
01:36sambil menegaskan semua platform dengan lebih 8 juta pengguna
01:39perlu mematuhi undang-undang negara mulai 1 Januari 2026.
01:44Beliau berkata pendekatan berbeza oleh penyedia platform
01:47mengukuhkan keperluan kepada satu kerangka tanggungjawab yang jelas
01:50bagi membastikan keselamatan ruang digital negara
01:53sambil menegaskan isu itu melibatkan tanggungjawab bersama
01:56demi melindungi kanak-kanak, keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended