Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru setiap ahli Pas, terutamanya wakil rakyat dan individu yang memegang jawatan di dalam parti, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan membabitkan krisis politik di Perlis.
Transcript
00:00Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Datuk Seri Syahidan Qasim, menyeru setiap ahli PAS, terutamanya wakil rakyat dan individu yang memegang jawatan di dalam parti,
00:09untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan, membabitkan krisis politik di Perlis.
00:16Beliau yang juga pengurusi Perikatan Nasional Perlis berkata, tindakan seperti label-melabel dan tuduh-menuduh yang berlaku di media sosial,
00:24terutamanya selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri DUN dan perletakan jawatan Menteri Besar Perlis, diibaratkan seperti mencurah minyak ke api.
00:35Tak payahlah orang yang cakap, dia tak tahu fake account kan betul.
00:40Kalau di kalangan orang PAS, dia tak boleh keluar kenyataan. Ada orang yang keluar kenyataan, saya sedang memati, bukan saya duduk diam, saya memati.
00:49Dia tak boleh. Sebenarnya orang Rakyat, orang besar PAS, tak boleh keluar kenyataan.
00:53Saya sebagai timbalan penjara jaya, kalau ada mana-mana pihak termasuk Rakyat, kalau daripada PAS, tak boleh keluar kenyataan.
01:05Dan tak boleh pelagang orang. Parti ini bukan, kita punya parti ini adalah parti hak bersama.
01:13Syahidan berkata demikian ketika ditemui media di kediamannya di Jajawi Kangar pada Sabtu.
01:18Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, fokus utama PN Perlis ketika ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan antara parti,
01:27selain menenangkan keadaan dalam kalangan pihak terlibat, membabitkan isu yang berlaku.
01:33Selain itu, persiapan juga sedang giat dilakukan di peringkat gabungan,
01:36sama ada membabitkan pilihan raya kecil PRK atau pilihan raya umum PRU akan datang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended