JBPM memberi tumpuan pemantauan di kawasan pesisir dan muara sungai Terengganu susulan air pasang besar dan Monsun Timur Laut, dengan lebih 60 kampung dikenal pasti berisiko.
00:00Kawasan penempatan berhampiran pesisir pantai dan muara sungai menjadi tumpuan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia.
00:07JBPM susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda Terengganu, Singa Rabu.
00:13Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Nur Hisham Muhammad berkata, pihaknya berada dalam keadaan siap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pemindahan mangsa jika berlaku limpahan air.
00:26Menurut beliau, pemantauan dan rondaan berkala sedang dijalankan di lebih 60 kampung yang dikenalpasti berisiko terjejas akibat fenomena berkenaan.
00:37Nur Hisham berkata, negara kini berada dalam fasa air pasang besar dan monsoon Timur Laut MTL, justru kedua-dua fenomena ini diberi perhatian rapi berikutan risiko berlakunya banjir kilat atau kenaikan paras air secara mendadak akibat pertembungan air pasang dan hujan lebat.
00:54Bagaimanapun, setakat ini, semua kawasan dikenalpasti yang melibatkan tujuh daerah di negeri itu masih berada dalam keadaan terkawal.
01:04Beliau menjelaskan pemantauan melibatkan kawasan pesisir pantai dari Besut hingga ke Kemaman.
01:11Sebelum ini, sebanyak 65 kampung berhampiran muara sungai dan pesisir pantai di tujuh daerah di Terengganu dikenalpasti terdedah kepada risiko banjir.
01:20Paras air laut yang tinggi berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut sekaligus menyebabkan limpahan dan kejadian banjir setempat sekiranya hujan berlaku serentak.
Be the first to comment