00:00Ekonomi Palestine sedang mengalami kemerosotan kritikal, didorong oleh serangan berterusan Israel ke atas Gaza,
00:08sekatan pergerakan dan perdagangan yang semakin ketat di tebing barat yang diduduki,
00:13serta kejatuhan mendadak sumber kewangan domestik dan luar negara.
00:17Ketika kerajaan Palestine bergelut mengurus krisis fiskal yang kian memuncak,
00:21data rasmi dan penilaian pakar memberi amaran bahawa ekonomi kini menghampiri tahap kritikal
00:27yang mengancam kelangsungan institusi negara serta keupayaan memenuhi keperluan asas.
00:34Laporan bersama Biro Perangkaan Pusat Palestine, PCBS dan Pihak Perkuasa Monetari Palestine, PMA,
00:40yang diterbitkan dalam Pemantau Ekonomi Palestine 2025 mendapati,
00:45ekonomi terus terperangkap dalam kemelisietan mendalam sepanjang tahun itu.
00:50Menurut laporan berkenaan, keluaran dalam negara kasar KDNK Gaza merosot sebanyak 84% pada 2025,
00:56berbanding 2023, menekala KDNK di Tebing Barat yang dididuki susut 13% dalam tempuh sama.
01:04Secara keseluruhan, paras KDNK kekal jauh di bawah tahap sebelum perang,
01:09menunjukkan kerapuhan sebarang potensi pemulihan serta ketidakupayaan ekonomi
01:13memulihkan kapasiti produktif dalam keadaan semasa.
01:17Laporan itu merekodkan aktiviti ekonomi di Gaza hampir runtuh sepenuhnya,
01:21selain penyusutan ketara dalam kebanyakan sektor di Tebing Barat,
01:25walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 2024.
01:29Ia turut menunjukkan penurunan jumlah perdagangan keluar dan masuk ke Palestine berbanding 2023,
01:35manakala kadar pengangguran di Gaza melebihi 77% sepanjang 2025.
01:39Menteri Ekonomi Palestine Muhammad Al-Amur berkata pihak berkuasa Israel menahan kira-kira 4.5 bilion dolar hasil kutipan Palestine.
01:49Ia disifatkan sebagai bentuk hukuman kolektif yang melemahkan keupayaan pihak berkuasa Palestine atau PA untuk berfungsi.
01:56Keadaan itu mendorong Muhammad menyimpulkan bahawa ekonomi Palestine sedang melalui tempuh paling sukar sejak penubuhan PA pada 1994.
02:04Anggaran rasmi menunjukkan KDNK menguncup 29% pada suku kedua 2025 berbanding 2023,
02:13manakala KDNK per kapital merosot 32% dalam tempuh sama.
02:18Angka ini selari dengan laporan terkini persidangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengenai perdagangan dan pembangunan
02:24yang merumuskan bahawa ekonomi Palestine telah merosot ke tahap yang kali terakhir dicatatkan 22 tahun lalu.
Comments