Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Syarikat kenderaan autonomi, Waymo, unit milik alphabet, akan menambah baik prosedur tindak balas kecemasan susulan insiden beberapa teksi robotiknya terkandas ketika gangguan bekalan elektrik di San Francisco baru-baru ini.
Transcript
00:00Syarikat Kenderaan Autonomi, Waymo Unit Milik Alphabet akan menambahkan prosedur tindak balas kecemasan
00:06sesuai insiden beberapa taksi robotiknya yang terkandas ketika gangguan bekalan elektrik di San Francisco baru-baru ini.
00:13Waymo maklumkan syarikat itu akan memperluas kerjasama dengan pasukan penyelamat,
00:17memperkemas protokol tindak balas kecemasan serta melaksanakan kemaskini sistem
00:22bagi membolehkan kenderaan autonominya menavigasi persimpangan dengan lebih tegas dan selamat.
00:30Waymo menyifatkan gangguan bekalan elektrik itu sebagai satu ujian tekanan unik
00:35dan berkata kemaskini akan dilaksanakan ke atas keseluruhan kenderaannya.
00:40Perkhidmatan Waymo digantung sementara pada malam Sabtu lalu susulan kebakaran di sebuah pencawang elektrik
00:45milik Pacific Gas & Electric yang menyebabkan kira-kira 1 per 3 bandar San Francisco terputus bekalan elektrik.
00:53Gangguan itu menjejaskan sekitar 130,000 penduduk dan memaksa beberapa premis perniagaan ditutup sementara.
01:00Sementara itu, pengawal selia di California memaklumkan pihaknya sedang menyiasat insiden
01:05membabitkan taksi robot Waymo yang terkandas di beberapa kawasan di San Francisco
01:11akibat gangguan bekalan elektrik berkenaan.
01:14Waymo menegaskan komitmennya untuk terus meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan
01:19perkhidmatan kenderaan autonomi khususnya ketika berdepan situasi luar jangka.
01:24Terima kasih telah menonton!

Recommended