Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan menerusi dua operasi berasingan, dengan 19 individu ditahan dan melibatkan rampasan dadah bernilai hampir RM2.8 juta.
00:00Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pasaran tempatan menerusi dua operasi berasingan dengan penahanan 19 individu serta rampasan dadah bernilai hampir 2.8 juta ringgit.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Khan berkata, seramai sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga asing berusia antara 25 hingga 63 tahun ditahan dalam sembilan serbuat di Johor, Selangor, Negeri Sembilan menerusi Ops Tupelo dari 14 hingga 22 November lalu.
00:34Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk 15.3 kg MDMA, pil aeromain 5 seberat 41 kg, metam petamain seberat 206 gram, pil ekstasi, ketamain serta heroin dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan 2.6 juta ringgit.
00:57Siasatan mendapati sindiket terbabit aktif sejak pertengahan tahun ini dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan.
01:05Hasil ujian saringan air kenceng mendapati 11 individu positif dadah manakala sembilan daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan kes dadah dan jenayah lain.
01:16Sementara itu, menerusi Ops Remo pada 9 Disember lalu, polis menahan enam lelaki berusia 23 hingga 38 tahun di sekitar lembah kelang.
01:26Dalam operasi berkenaan, pelbagai dadah turut dirampas termasuk metam petamain, ganja, pil aeromain 5, heroin dan pil ekstasi dengan nilai rampasan dianggarkan 132,244 ringgit.
01:40Ujian air kenceng mendapati seorang daripada enam suspek positif dadah dan kesemua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.
01:47Polis turut melaksanakan pelucuk hakkan harta melibatkan sitaan bernilai RM368,250 termasuk wang tunai, kenderaan, motosikal, jam tangan serta barang kemas.
Be the first to comment