Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Perkembangan terkini situasi banjir di Pahang bersama Ernalisa Othman di PPS Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang Kuantan.
Transcript
00:00Dan seterusnya untuk mendapatkan situasi banjir di Pahang yang dilaporkan semakin pulih apabila cuaca panas berterusan sejak awal pagi tadi, kita akan bersama dengan rakan setugas Ernalisa Osman di PPS Kolah Kebangsaan Bunut Rendang Kuantan.
00:14Jadi Lisa, mungkin boleh kongsikan situasi sebenar di lapangan dan bagaimana dengan keadaan banjir di sana pada ketika dan waktu ini. Lisa?
00:21Baik Syaf, keadaan banjir di Kuantan pada ketika ini apa yang boleh saya kongsikan adalah perkembangannya sangat-sangat positif berbanding 2-3 hari yang lalu apabila sejak awal pagi tadi kalau dapat kami saksikan cuaca sangat baik, orang pahang kata dering-dering Syaf, macam panas keadaan cuaca di sini.
00:46Dan pagi tadi kami berkesempatan juga untuk melawat beberapa lokasi PPS yang terjejas di Kuantan ini dan antaranya sekarang ini saya berada di SK Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang yang mana masih lagi menempatkan mangsa-mangsa banjir di sini.
01:06Dan walaupun keadaan ataupun situasi semakin baik, ada sesetengah individu ataupun mangsa banjir itu mengambil pendekatan untuk mendiami di PPS.
01:19Dan yang menariknya Syaf, ketika ini saya juga berada di bahagian belakang Sekolah PPS yang mana ini antara orang kata frontliner ataupun kekuatan yang menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir.
01:34Sebab selama ini kita lihat mangsa-mangsa banjir itu makan tapi kita tak terfikir siapa orang tulang belakang yang sanggup menyediakan makanan-makanan untuk mangsa banjir.
01:44Dan bersama-sama saya juga pada ketika ini ialah pegawai pemerintah Lieutenant Zahara Osman dan Puan.
01:52Kalau boleh kongsikan secara ringkas bersama Esro Awani, apa antara menu yang disediakan pada malam ini?
01:58Okey, untuk menu kita pada malam ini adalah yang kita sedang sediakan adalah jaging masak kicap, sayur campur dan juga cranberry.
02:09Walaupun untuk kaum India, kita juga turut menyediakan ayam masak kicap lah untuk mereka lah supaya mereka dapat menerima sajian seperti biasa lah.
02:21Kalau ikutkan ramai juga tenaga ataupun tulang belakang anak-anak buah Puan ya dan sejak pukul berapa ni mula bermasak sediakan hidangan untuk mangsa banjir?
02:30Kalau ikutkan kami mula beroperasi pada jam lebih kurang 4 pagi lah bermula dengan sarapan pagi.
02:36Kemudian kita makan tengah hari, makan malam dan juga sapa lah pada setelah lewat malam ni.
02:44Kalau boleh secara ringkas mungkin Puan boleh kongsikan antara cabaran untuk menyediakan makanan kepada penduduk terjejas banjir ni yang kami pun mungkin tak tahu.
02:54Okey, antara cabaran lah yang saya rata cabaran sebab kalau ikutkan kekuatan untuk mangsa banjir yang berada di FK Bunut Rendang ni adalah tinggi.
03:03iaitu sekitar dalam 1,000 ke 1,500 pak lah.
03:07Jadi tugas kita untuk menyediakan masakan untuk dalam kapasiti 1,500 pak adalah agak tinggi.
03:17Jadi memerlukan tempoh masa yang banyak lah dengan bekalan makanan, dengan bekalan bahan mentah yang banyak lah untuk kita sediakan lah.
03:24Sebab tu kita mengambil tempoh yang lama, masa yang agak panjang untuk menyediakan lah.
03:28Jadi mungkin sebelum ni kita masak untuk 300 pak, tapi untuk sebagai pihak berkuasa pentera, sebagai tugas tambahan kita adalah membantu pihak berkuasa awam dalam menguruskan benjana.
03:41Seperti yang kita tengok sekarang, kita membantulah dalam menyediakan.
03:47Macam ni berapa biji telur ni?
03:54Kalau ikutkan ini adalah 38 krek.
03:57Oh, 38 krek.
03:581 krek ada 30 biji lah.
04:01Okey, okey.
04:01Dan untuk kalau ikutkan daging yang kita, kapasiti daging untuk jumlahnya adalah 150 kilo.
04:07Dan untuk beras yang kita gunakan pada malam ini adalah 120 kilo lah untuk memasak sajian bagi kedua-dua PPS.
04:18Kalau ikutkan, kita cover untuk PPS bunuh rendang sebanyak 1,000 pak.
04:23Manakala kita juga menyediakan sajian secara berbungkus seperti yang kita lihat di sebelah sana dalam muka makanan adalah sekitar dalam 500 pak.
04:34Sebelum ni, di sana pun agak tinggi, 1,200 dan sekarang sudah kurang lah.
04:40Baik poin, terima kasih.
04:42Syaf, itu antara perkongsian yang dapat kami bawakan daripada Kuantan Pahang ni selain daripada perkembangan banjir yang semakin positif, yang semakin positif.
04:51Dan petang tadi juga sempat kami bawakan beberapa wawancara ketika Sultan Pahang menyampaikan bantuan.
04:58Mungkin kita boleh dengar antara perasaan penerima bantuan ini.
05:04Saya dah tiga hari duduk dewan.
05:09Sini makanan, minuman, semua okey.
05:12Saya kena berterima kasih dengan kerajaan Pahang.
05:16Sebab kadang-kadang tak cukup makanan semua.
05:20Kat sini makanan semua terlebih.
05:22Apa-apa perkara pun, apa-apa setiwasi, tajuk, tak akan dapat sepenuh lengkap.
05:29Mesti ada kekurangan.
05:30Sebab nak mengelalikan ramai orang publik.
05:35Bagi saya, makanan mencukupi di sini.
05:38Lebih daripada sampai kadang-kadang dah kenyang sampai lagi barang bantuan makanan tengah malam.
05:44Terima kasih Lisa atas perkongsian tersebut.
05:52Pastinya Lisa akan terus memberikan perkembangan terkini dari masa ke semasa mengenai situasi banjir di negeri Pahang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended