Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Musim membeli-belah Lego di Copenhagen meriah dengan set ikonik untuk kanak-kanak dan peminat dewasa. Dari rekaan di Billund hingga rak kedai, Lego kekal relevan dan jadi pengeluar mainan terbesar dunia.

Category

šŸ—ž
News
Transcript
00:00Baik, musim beli belah hujung tahun semakin rancak di sebuah kedai mainan Lego di ibu kota Denmark, Copenhagen.
00:07Para pelanggan kelihatan tekun meneliti rak yang dipenuhi set mainan berwarna-warni, kebanyakan yang untuk kanak-kanak.
00:14Namun ada juga yang direka khas untuk peminat dewasa yang kini dikenali dengan gelaran Air Force, singkatan kepada Adult Fans of Lego.
00:22Di sebalik kesibukan membeli belah, Lego giat memastikan setiap set mainan melalui proses teliti daripada lakaran mereka hinggalah ke rak kedai.
00:52Semuanya bermula di ibu pejabat Lego di bilan Jatland Tengah, tempat syarikat ini diasaskan oleh Old Kirk Christensen lebih 90 tahun lalu pada 1932 sebagai pengeluar mainan kayu.
01:15Nama Lego sendiri berasal daripada gabungan dua perkataan Denmark, Let God, yang bermaksud bermain dengan baik.
01:24Untuk musim perayaan kali ini, pereka model kanan J-Won Lee menghasilkan set Holiday Express Train dalam koleksi Winter Village.
01:33Won Lee yang pernah bekerja dalam bidang reka bentuk seni bina selama 15 tahun mengakui ini adalah impian yang menjadi kenyataan.
01:58Proses pengeluaran Lego kini melibatkan enam kilang di seluruh dunia termasuk sebuah kilang baru di Vietnam.
02:07Di bilan, kilang Korn Marken menempatkan 10 modul pengacuan dengan kira-kira 60 mesin setiap satu.
02:14Bahan plastik dipanaskan sehingga 250 darjah Celsius ditekan ke dalam acuan logam sebelum jatuh ke atas tali sawat.
02:23Menariknya, walaupun Lego tidak mendedahkan angka pengeluaran, ia dilaporkan sebagai pengeluar tayar terbesar di dunia mengatasi Goodyear dan Michelin, hasil jutaan tayar kecil untuk set mainannya.
02:37Sejak hampir muflis pada 2004, Lego bangkit dengan strategi baru kerjasama jenama film seperti Star Wars dan Harry Potter, koleksi eksklusif serta pembukaan lebih banyak kedai.
02:50Kini Lego adalah pengeluar mainan terbesar dunia.
02:55Pada Ogos lalu, syarikat melaporkan pertumbuhan hasil sebanyak 12% pada separuh pertama tahun ini,
03:01mencecah rekod 34.6 bilion Danish Kron atau 5.4 bilion dolar Amerika.
03:08sekarang.
03:13Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended