Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam dua serangan udara berasingan rejim Zionis di selatan dan utara Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
00:00Baik, sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestine dilaporkan terkorban dalam dua serangan udara berasingan rejim Zionis di selatan dan utara Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
00:10The Palestinian News and Information Agency melaporkan, empat individu termasuk seorang wanita terkorban akibat serangan udara berulang ke atas bandar Bani Soheila Timurhan Yunis di selatan Gaza.
00:21Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, tentera Israel menyasarkan sebuah pusat latihan yang dijadikan tempat pelindungan penduduk awam pada petang Jumaat.
00:31Sekurang-kurangnya enam orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan terbunuh.
00:35Usaha menyelamat berdepan kesukaran, susulan serangan berterusan Israel serta sekatan akses yang menghalang ambulans dan pasukan pertahanan awam daripada memasuki kawasan terlibat.
00:46Jumlah mangsa korban dilaporkan akan terus meningkat.
Be the first to comment