Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata, perbandingan keputusan undi menunjukkan calon GRS turut menerima sokongan masyarakat Cina di pusat daerah mengundi (PDM) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Transcript
00:00Timbalan setiusa agung gabungan rakyat Sabah GRS Dato' Armizan Mohd Ali menolak dawaan, masyarakat Cina menolak sepenuhnya gabungan itu dalam pilihan rakyat negeri PRN Sabah ke-17 lalu.
00:13Jelas Armizan, dawaan itu disifatkan tidak tepat kerana GRS tidak bertanding di kawasan majoriti Cina, sebaliknya kerusi berkenaan ditandingi oleh Pakatan Harapan PH.
00:25Armizan berkata perbandingan keputusan undi menunjukkan calon GRS turut menerima sokongan masyarakat Cina di pusat daerah mengundi bagi kawasan Dewan Udangan Negeri atau DUN yang ditandingi.
00:39Contoh, di Papar, khususnya di kawasan DUN Pantai Manis, kita ada satu peti undi iaitu PDM Bandar yang majoriti daripada masyarakat Cina.
00:55Jadi, kalau kita lihat di PDM Bandar ini, sudah I think more than five elections sebelum ini, kita kalah.
01:04Parti kita kalah lah sebelum ini.
01:08Tetapi, dalam last BRU masa saya bertanding ada peningkatan tapi masih kalah.
01:14Tapi, Alhamdulillah, kerusi majoriti masyarakat Cina di DUN Pantai Manis ini dan ditandingi oleh calon GRS, setelah saya fikir tujuh pilihan raya, kali ini kita menang.
01:29Jadi, kalau disebutkan bahawa secara total masyarakat Cina menolak GRS ataupun rakan-rakan kita itu kurang tepat.
01:39Armizan bagaimanapun mengakui, kecenderungan pengundi kaum Cina di Sabah untuk tidak mengundi parti kerajaan sewaktu PRN 17 yang lalu,
01:48disifatkan sebagai isyarat yang disampaikan kepada kerajaan negeri untuk membuat penambahbaikan.
01:54Beliau turut menegaskan keputusan pilihan raya perlu diterima dan dihormati,
01:58serta menjadi asas untuk kerajaan Sabah menilai perkara-perkara yang perlu ditambah baik bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
02:05Armizan berkata demikian sewaktu sidang media sempena pengumuman pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan Krismas 2025 di Papar.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended