Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global,disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.
00:00Dan ini laporan terkini yang baru kami terima, Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.
00:22Ketua Pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa IMF bagi Malaysia Masahiro Nozaki berkata, prestasi teguh ini sebagainya mencerminkan dasar ekonomi negara yang kukuh, pihak berkuasa mengekalkan dasar makroekonomi dan kewangan yang berhemat.
00:37Terdahulu, beliau mengadakan sesi perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pihak berkepentingan lain.
00:42Menurut IMF, perjanjian perdagangan Malaysia Amerika Syarikat pada Oktober 2025 telah membantu mengurangkan ketidakpastian terhadap perniagaan dan pengguna di Malaysia.
00:52Bagaimanapun, lanskap global telah berubah dengan ketidakpastian global menjadi satu normal baru, pembinaan semula pemampan makroekonomi Malaysia kekal menjadi satu yang kritikal.
01:03Selain itu, IMF mengunjurkan pertumbuhan akan perlahan sedikit daripada 4.6% pada 2025 kepada 4.3% pada 2026 mencerminkan kesan tarif tinggi Amerika Syarikat ke atas Malaysia.
01:17Laporan penuh di Awani 745 dan Bulatan Awani yang berikutnya.
Be the first to comment