Skip to playerSkip to main content
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman mendedahkan, seramai 3,000 pelajar di negeri ini didapati ponteng sekolah setiap hari.

Beliau berkata, isu ponteng sekolah bukan hanya berlaku di Melaka, malah turut dihadapi oleh semua negeri di seluruh negara menjadikan ia satu gejala membimbangkan yang boleh menjejaskan masa depan pendidikan pelajar.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sekolah #pontengsekolah
Transcript
00:00Untuk isu pening sekolah ni, di mana-mana pun memang, bukan sahaja Melaka, di negeri mana pun ada isu pening sekolah ni.
00:06Ponting pun saya dah nyatakan tadi antara sebab-sebab dia kan.
00:09Sebab dia mungkin satu malas, satu kerana ibu bapa, ketiga mungkin nak cari duit,
00:15punya pelajar sekolah menengah ke malah ada sekolah.
00:17Yang keempat juga mungkin faktor demam-demam, sakit tapi tidak melaporkan.
00:21Jadi untuk ponting ni, kita lihat ada juga kes-kes yang ponting ni berterusan.
00:27Sampai ke satu bulan, ada yang sampai dua bulan, walaupun berjarak-jarak ada sampai dua bulan.
00:33Jadi ini merupakan satu gejala yang tidak bagus.
00:36Dan mereka akan tercicir dan ketinggalan di segi pendidikan.
00:40Maka sebab itu untuk mengatasi ponting ni dalam resolusi tu kita angkat dua perkara.
00:44Yang pertama kita angkat cadangan supaya pelajar-pelajar, ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang ponting yang berlarutan ni
00:51dikenakan tindakan peraturan undang-undang.
00:53Bagaimana dikenakan kepada ibu bapa yang tidak mengantar anak sekolah.
00:57Tapi itu mengambil masa atau waktu yang agak lama, maka sebab itu kita mencadangkan untuk
01:02tidak kena segera adalah memastikan pelajar-pelajar yang penting ini kehilangan.
01:11Kehilangan kelayakan untuk merima apa-apa bantuan daripada kerajaan.
01:16Termasuklah bantuan awal persekolahan, bantuan beasiswa, dermasiswa dan sebagainya.
01:21supaya mereka ini menyedari betapa pentingnya untuk datang ke sekolah dan tidak sesuka-suka hati tidak datang ke sekolah.
Comments

Recommended