Seorang anggota polis berpangkat korporal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kangar, atas dua pertuduhan memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.
00:00Seorang anggota polis berpangkat korporal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Kangar atas dua pertuduhan memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Kangar pada akhir November lalu.
00:14Tertuduh Mohd Zulhairi Shunazar Abdul Syukur, 38 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nurul Natasha Rizal.
00:30Pertama, Mohd Zulhairi didakwa memandu sebuah motosikal tanpa kecermatan dan perhatian sepatutnya sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penunggang motosikal Alif Nurhakim Ali Jasri.
00:43Manakala bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah memandu sebuah motosikal dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Mohd Firdaus Aiman Zainon.
00:53Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 November lalu di jalan persiaran wawasan berhadapan kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis sekitar pukul 10.20 malam.
01:04Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua kes selain lesin digantung sehingga kes selesai dan sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Januari depan.
Be the first to comment