Hujan lebat membanjiri Gaza, memaksa penduduk meredah banjir dengan kereta kuda. Seorang bayi 2 minggu maut akibat hipotermia, PBB beri amaran 1.3 juta penduduk perlukan perlindungan segera.
00:00Hujan lebat membanjiri kawasan perkemahan dan tempat pelindungan sementara di Gaza yang mana sebahagian besar bangunan musnah atas rosak akibat dua tahun peperangan antara Israel dan Hamas.
00:11Sebahagian penduduk terpaksa menolak kereta meredah jalan-jalan yang dinaiki air di semenanjung Gaza.
00:17Manakala yang lain menggunakan kereta kuda untuk mengharungi banjir selepas hujan musim sejuk terbaru melanda wilayah Palestine yang musnah akibat perang itu.
00:25Kementerian Kesihatan di wilayah yang ditakbir Hamas maklumkan seorang bayi lelaki berusia dua minggu Muhammad Khalil Abu Al-Hair meninggal dunia akibat hipotermia berpunca daripada cuaca sejuk melampau.
00:37Menurut Kementerian itu, bayi berkenaan dimasukkan ke hospital dua hari lalu dan ditempatkan di unit war terapi namun meninggal dunia pada Isnin.
00:45PBB pada Isnin berkata dianggarkan sebanyak 1.3 juta penduduk kini memerlukan bantuan tempat perlindungan di Gaza dan memberi amaran mengenai peningkatan risiko hipotermia.
00:55Minggu lalu, hujan lebat akibat ribut bayron membadai wilayah itu sekaligus menambah penderitaan penduduknya yang hampir kesemuanya dipindahkan sepanjang tempoh perang.
Be the first to comment