Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Warisan negara harus dimiliki dan dinikmati oleh seluruh rakyat, bukannya dikuasai oleh segelintir golongan elit, khususnya dalam usaha pemeliharaan warisan di era pembangunan dan teknologi baharu.
Transcript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
00:30Terpelihara.
00:32Beliau menegaskan kemerdekaan sebenar bukan sekadar menukar pentadbiran penjajah kepada pentadbiran tempatan, sebaliknya menolak sikap elitism yang menafikan akses rakyat biasa terhadap warisan negara.
00:45Yang kadang-kadang kita merdeka. Betul. Dan kita lakukan apa yang seupayanya. Tetapi jiwa, minda, sikap, kita belum cukup merdeka.
00:56Maka gedung-gedung ini menjadi gedung pilihan golongan elit penguasa. Tidak ada salahnya. Tapi jangan halang rakyat biasa untuk menikmati kemudahan-kemudahan ini.
01:10Ini yang menjadi pembenturan idea, juxtaposition of ideas di kalangan apa yang kita rasakan suara kehendak aspirasi rakyat dengan golongan elit penguasa.
01:25Menurut beliau, pemeliharaan warisan yang dilaksanakan oleh pakar dan tenaga profesional perlu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda, agar mereka dapat memahami, menghargai dan berbangga dengan kazanah negara.
01:40Memelihara, memberikan gambaran bahawa seri negara itu milik negara keseluruhannya dengan perisiannya, sejarahnya, seninya, budayanya, sastranya.
01:55Tetapi yang saya jelaskan tadi, yang istimewa dalam konsep negara madani ialah bahawa ia terangkum.
02:05Istilah, Mera Faisal dikita, inklusif.
02:09Tambahnya, keterangkuman dan inklusifiti menjadi teras utama dalam pembinaan negara, sekaligus membolehkan pelajar dan anak muda merasai kebanggaan terhadap identiti nasional.
02:19Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara.
02:25Majlis turut dihadiri Menteri Dijabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kepunikasi, Datuk Fahmi Fazil, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zamri Abdul Qadir,
02:35serta pengarah urusan Kazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Faisal Wan Zahir.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended