00:00Akta Keselamatan dalam Talian 2025 atau ONSA yang akan berkuatkuasa tahun depan bertujuan melindungi keselamatan pengguna media sosial dan bukannya menyekat kebebasan mereka,
00:12menurut Surah Anjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.
00:17Timbalan Pengarah Urusan Pembangunan SKMM Aning Faridah Iskandar berkata ONSA membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat media sosial yang gagal menapis kandungan berbahaya berbeza dengan undang-undang sedia ada yang hanya membenarkan tindakan undang-undang diambil terhadap individu yang berkongsi atau menghasilkan kandungan berbahaya dan berisiko.
00:45Itu perbezaan ONSA dengan undang-undang kandungan yang lain. Jadi ONSA ini tidak menjurus kepada pengguna, tidak sama sekali. Ia lebih kepada tanggungjawab penyedia platform tersebut.
01:05Diluluskan di Parlimen pada 2024 dan digazetkan pada Mei tahun ini, ONSA mewajibkan syarikat media sosial memastikan platform mereka bebas 9 jenis kandungan berbahaya
01:17dengan bahan penderaan seksual kanak-kanak dan kandungan berkaitan penipuan diberikan penekanan khusus.
01:25Platform juga perlu mengemukakan kepada kerajaan plan keselamatan digital tahunan yang memperincikan strategi mitigasi serta pencapaian mereka.
01:36Kegagalan mematuhi keperluan itu boleh dikenakan denda sehingga 10 juta ringgit.
01:41Eneng berkata antara objektif utama ONSA ialah melindungi kanak-kanak yang merangkumi kira-kira satu per tiga pengguna internet
01:50daripada kandungan berbahaya dan bersifat pemangsa.
01:55Dari segi apa yang akan berlaku 1 Januari ini, pengguna tidak perlu khawatir atau bimbang mengenai pengalaman mereka bersama
02:05sama ada media sosial ataupun instant messaging dan sebagainya.
02:09Mereka telah berjanjikan mereka akan melakukan age verification sebagai syarat.
02:14Jadi kita hanya melihat kepada apakah mereka patuh kepada keperluan
02:18ataupun peruntukan yang mereka jamin kepada para pengguna.
Comments