00:00Cadangan Kerajaan mewujudkan Kementerian Undang-Undang disambut baik pemimpin Majlis Peguam
00:05yang berkata langkah itu akan mengukuhkan sistem perundangan dan meningkatkan akses kepada keadilan.
00:13Presiden Majlis Peguam Ezri Abdul Wahab berkata pihaknya menyokong penubuhan semula kementerian itu
00:18sambil menyifatkannya penting untuk pembangunan sektor perundangan.
00:23Sementara itu, bekas Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata
00:27penubuhan kementerian berasingan akan meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan keyakinan awam
00:33dengan bahagian hal ewal undang-undang di Jabatan Perdana Menteri diserap masuk ke dalamnya.
00:38Namun beliau memberi pingatan bahawa memberi kuasa autonomi yang terlalu besar kepada kementerian itu
00:43boleh mewujudkan halangan birokrasi yang mungkin melambatkan proses reformasi.
00:49Cadangan mewujudkan semula kementerian itu dibangkitkan minggu lalu oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:54yang memaklumkan beliau sedang meneliti perkara tersebut secara serius.
Comments